Wednesday, September 13, 2006

MiGRaiNeS - con't to ULaT2

Hari nih aku cuti sakit. Dari semalam lagi lepas waktu lunch aku rasa lain macam je. Bila aku bangun dari kerusi aku rasa dizzy, rasa giddy and rasa macam nak pitam. Aku sempat berpaut pada meja untuk menahan diriku dari jatuh. Rasa itu bertambah dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut. Ada a few times aku rasa camtuh tapi aku cuba bertahan memandangkan keje2 kat opis banyak lagi and rakan sekerja dua2 tak datang sebab m.c. Alhamdulillah managed to go thru the day. Cuma balik rumah semalam sakit kepala tuh makin teruk. Oh no, this is a migraine attack. Dah lama aku tak kena migraine. Rasa berdenyut-denyut kat kepala macam ada org ketuk2 ngan hammer (maybe teeny-weeny bit exaggerated). Apa lagi yg boleh ku buat hanyalah berbaring dlm bilik yg senyap dan gelap.

So, pagi nih bila aku bangun dari tido, still rasa nak pitam lagi.. terpaksa berpaut pada furniture2 and dinding tuk menuju bilik air. Akhirnya, sebab dah tak tertahan aku pun pk elok aku x gi keje ari nih. Aku pun gi klinik utk check-up. Aku bgtau kat doktor pasal rasa nak pitam and pening kepala aku tuh. Doktor pun check aku nye blood pressure and confirm normal je. Dia tanya aku makan tak semalam. Semalam mmg aku makan, takde pun skip meals. Emm, doktor kata takde apa2 and dia hanya prescribed ubat sakit kepala which one of it is paracetamol and dua jenis ubat lain.. For sure ubat2 tuh pain killer je which aku betul2 tak suka nak makan.. sebab dulu ada one length of time tu aku consume ponstan dgn kerap (of course sbb migraines)

Balik je rumah aku pun terpk-pk... emm, Allah bagi aku sakit.. tentu aku dah buat silap Astaghfirullah al-azim... memang ada silap.. aku ada strong feeling maybe disebabkan posting aku sebelum nih.. pasal ulat2..

Astaghfirullah.. siapalah aku untuk memperlekehkan ciptaanMu Ya Allah.. Tidak seharusnya aku takut pada selainMu Ya Allah.. Ulat itu juga yang akan memamah tubuhku tatkala aku mati dan jasadku berada di dalam perut bumi..

Aku mmg dah rasa tak sedap hati je dari semalam. Apa yang terlintas dalam hati aku, mmg Allah mengetahui. Apa yg aku lakukan, mmg Allah mengetahui.. Rasa betapa teruknya aku niiih..

"Ya Allah, ampunkan daku atas segala keterlanjuran kata-kataku samada yang dizahirkan dengan lidah atau pun diterbitkan oleh hatiku yang lemah ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Besar dan menciptakan makhluk dengan sebaik-baik ciptaan"...

p/s: Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati seseorang walaupun sekecil-kecil zarah. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu yang lemah ini.

2 comments:

ANF said...

InsyaAllah takder paper lah tuh.. Ala, seme org ader bender yg dier geli. Bukannyer memperkecilkan pun fahy bacer citer kat bawah tuh, just to share perasaan kiter to certain things jer kann..

LiNdA @ Da-Da said...

thank you for ur kind words.. emm, ntaahh hari tu mmg rasa macam x betul sket.. tak taula kenapa.. apa2 pun Allah dah bagi k Linda sakit, so k Linda terima sahaja.. alhamdulillah.. :)