DoA OraNG Yg TeRaNiaYa
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya "Tiga orang yang doanya tak akan ditolak, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan orang yang dizalimi" (HR. al-Tirmidzi).
Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.
Nota: Ini bukanlah cerita rekaan. Ini bukanlah kisah dongeng. Ini bukanlah fiksyen. Apa yang hendak ku coret adalah secebis kisah silam yang pernah ku alami dulu. Kisah yang akan ku simpan dengan kemas di dalam lubuk sanubariku. Kisah yang berlaku di dalam bulan puasa beberapa tahun yang lampau di antara aku dan dia (bekas cintaku).
Aku telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menjaga hatinya. Semakin ku cuba untuk jujur di dalam perhubungan, semakin banyak masalah yang timbul. Hari demi hari, dia semakin mencurigai setiap kata-kataku. Kenapa dia masih tidak mempercayaiku? Apa yang aku kata, lain pula yang bermain di fikirannya. Kenapa? Apa salahku?
Namun, Aku tahu begitu sukar untuk aku merubah perasaan CEMBURUnya. Bila cemburu menguasai diri seseorang, apa yang benar akan dikatakan salah dan apa yang salah akan dikatakan benar. Dia pun begitu.
Bila dia cemburu (dan inginku nyatakan disini dia sangat cemburu), apa yang ku katakan benar akan disyakinya dan apa yang ku tidak lakukan akan difitnahnya. Begitu bahayanya cemburu di luar batasan.
Dalam bulan puasa itu, telah berlaku pertengkaran antara kami berdua. Pertengkaran yang hebat buat diriku. Aku dah tak tertahan lagi mendengar tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Aku dah tak sanggup lagi dihina dengan kata-kata kesat. Aku dah tak terdaya lagi menanggung derita itu seorang diri. Bersabar? Ya, aku telah lama bersabar dengan sikapnya itu. Kalau perempuan lain yang berada di tempatku mungkin telah lama meninggalkan dirinya. Tapi aku tidak. Aku masih lagi bertahan walaupun dia dengan mudah melukakan jiwa dan perasaanku.
Kembali kepada kisahku. Aku pun tidak tahu bagaimana aku telah berbuat sedemikian. Mungkin disebabkan terlalu kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku, aku telah mendoakan sesuatu yang diluar jangkaanku setelah aku selesai solat pada malam itu. Tidak sekali aku berniat untuk membalas dendam. Tetapi aku telah pun berdoa.. mendoakan sesuatu yang tidak baik.
Aku tidak menghubunginya buat beberapa hari. Ya, aku tidak mahu mendengar suaranya yang hanya menyakitkan hati. Aku ingin bersendirian.
Selang beberapa hari selepas pertengkaran kami, aku menerima panggilan telefon. Jam di radio menunjukkan hampir pukul dua pagi. Aku pun mengangkat gagang telefon. Apa yang bermain di fikiran ialah perkara-perkara kecemasan atau mungkin saudara-mara yang menelefon untuk memberitahu hal-hal yang mendukacitakan (contohnya kematian dsbgnya).
"Hello.. ini Linda ke?" rupa-rupanya dia yang bercakap di talian.
"Ya, ini Linda" jawabku.
"Linda, saya terlibat di dalam kemalangan ni... Tapi nasib baik saya tak apa-apa. Saya ada kat jejantas Sungai Buloh. Saya bawak perlahan je tadi.. tapi bila tiba kat selekoh tu, tiba2 saya tak dapat kawal stering... kereta tu pulak berpusing-pusing.. kemudian tah macam mana kereta tu boleh terbalik.. Tapi yang penting kami semua ok"..
Aku masih ingat detik-detik apabila aku mendengar berita tersebut. Aku langsung tidak terkejut. Aku hanya terdiam. Tiada sepatah kata-kata yang keluar dari bibirku. Entah. Aku memang tidak mempunyai apa-apa reaksi pada waktu itu. Aku seperti tunggul kayu yang tidak mempunyai perasaan. Dia meminta aku pergi ke sana. Namun aku tidak berbuat demikian. Tetapi apa yang aku ingat pada waktu itu dan akan kekal hingga sekarang ialah DOAKU TERMAKBUL. Ya, memang benar. Aku telah mendoakan supaya dia ditimpa kemalangan dan ia benar-benar berlaku-Astaghfirullah hal'azim.
Lantaran daripada kemalangan itu, ianya meninggalkan kesan buat diri aku. Alhamdulillah, dia dan adik-beradiknya selamat dan tidak tercedera. Kalaulah kemalangan jiwa yang berlaku, pasti aku akan rasa bersalah sampai bila-bila. Pasti aku tidak dapat memaafkan diriku. Lanjutan daripada kejadian tersebut, aku memberitahu perkara yang sebenar kepadanya mengenai doaku itu dan aku telah meminta maaf daripadanya (...selebihnya tidak perlu aku terangkan disini...).
Sekarang, bila kufikirkan semula, aku rasa memang tidak patut aku mendoakan yang sedemikian. Aku seharusnya mendoakan perkara yang baik. Satu nasihat yang berguna aku terima dari 'best friend' aku.. Jika ada orang yang menganiayai kita, adalah lebih baik kita mendoakan kebaikan kepada orang tersebut. Lebih baik kita mendoakan supaya orang itu berubah kerana itu adalah lebih mulia. Ya, aku pun setuju dengan nasihat tersebut dan akan aku amalkan.
p/s: ini adalah kisah yang sememangnya menjadi pedoman buat diriku.

Petikan yang diambil daripada Jakim (e-Hadith).

No comments:
Post a Comment