Wednesday, September 20, 2006

MaSa KeCiK2

Masa kecik2 aku suka tengok awan. Di waktu petang aku akan melepak di padang depan rumah. (kecik2 dah pandai lepak..hehe) Aku suka tengok awan, suka sangat2. Aku boleh lihat kepulan awan dekat langit yang biru seperti kapas putih ala2 cotton candy kalau dijual kat fun-fair. Emm.. dan aku mula bermain dengan imaginasiku.. Cuba menggambarkan bentuk2 awan yg berubah-ubah.. Kadangkala ada yg berbentuk seperti muka manusia, ada yg berbentuk seperti haiwan dan ada yg berbentuk seperti kenderaan.. emm.. macam2 ada.. Seronoknye aku..

Masa kecik2 aku suka main bola sepak. Aku main bola sepak dgn abg dan adik laki2 aku. Walaupun hanya menjadi gollie, aku bermain dengan
semangat yang jitu dan berkobar-kobar "Yeaa.. Dapat aku tangkap bola tuh dari menerobos masuk pintu gol..."  Terre nye aku...

Masa kecik2 aku suka panjat pokok rambutan kat kampung di Guar Chempedak. Pokok rambutan tu tak la tinggi sangat. Semuanya gara2 nak makan buah rambutan tang2 tu jugak. Last2 kena pi klinik sebab terkena hama ulat bulu kat pokok.. abis kulit aku naik ruam2 gatal berbiji-biji.. "Emm.. nasib baik tok wan tak hambat aku.." Itulah first and last aku panjat pokok. Nakalnya aku..

Masa kecik2 aku suka main congkak kat atas tanah bawah rumah tok wan. Aku and the geng akan buat lubang2 kat tanah. Pastu ambik biji2 getah untuk bermain congkak. Baru je bermain beberapa round dah kena panggil ngan emak. "Haa.. tengoklah budak nih habis tangan dia kotor.. dah pi mandi" dah kena leteran emak. Habis jari-jemariku dan kuku dimasuki tanah hitam. Tapi keesokannya aku main lagi. Degilnya aku..

Masa kecik2 aku suka makan nasi panas2 dengan kicap dan marjerin planta. "Emm.. sedapnya" Kalo makan hari2 pun takpe.. Sempoi nye aku..


hehehe.. hari tu masa gi surau kat opis, aku duk kat tepi tingkap sambil bersandar kat dinding untuk rehat sekejap sebelum solat.. pastu aku melemparkan pandanganku di luar tingkap dan aku hanya dapat lihat langit dan awan.. tetiba teringat masa kecik2.. mengimbaukan saat2 manis masa kanak2 riang ria ribena.. itu yang nak tulis kisah2 happy masa kecik2.. :)

Cuma aku terpikir senang aje aku boleh happy.. benda2 yg simple dan biasa2 sahaja dah buatkan aku teruja, bahagia dan gembira.. bestnya jadi kanak2.. tak terbeban dengan masalah.. hidup happy je kan?

Tapi sekarang nih kadang2 aku lupa untuk jadi happy.. kadang2 terlalu serius.. kenapa yeaa? tapi rasa2nya jiwa kanak2 tu masih ada dalam diri.. cuma terkurung sebab dah jadi dewasa.. huhuhu

p/s: aktiviti tengok awan masih lagi hobi aku.. cuma skrg nih mcm kurg waktu utk luangkan masa and melihat awan..  

2 comments:

ANF said...

Kalu cenggituh ambik ah gamba2 awan lak pasneh.. okay gak tuh..

ANF said...
This comment has been removed by a blog administrator.